Monday, November 14, 2011

Kejohanan Berbasikal ‘MOUNTAIN BIKE MPSJ CHALLENGE’ 2011

SYARAT - SYARAT PENYERTAAN

1. Kejohanan Mountain Bike (MTB) ini akan diadakan pada 19 November 2011 bertempat di Michael Badminton Academy (MBA), Pusat Bandar Puchong bermula jam 8.00 pagi mengikut kategori yang dipertandingkan.

2. Yuran Penyertaan sebanyak RM20.00 akan dikenakan dimana pelumba akan mendapat T-Shirt kejohanan.

3. Kategori yang dipertandingkan mengikut had umur adalah seperti berikut ;

A.Lelaki Terbuka 18 – 34 Tahun 10 pusingan
B.Lelaki Veteran Junior 35 – 45 Tahun 5 pusingan
C.Lelaki Veteran Senior 46 – 50 Tahun 5 pusingan
D.Lelaki Veteran Master 51 Tahun dan keatas 3 pusingan
E.Wanita Terbuka 13 Tahun dan keatas 5 pusingan
F.Lelaki Junior 13 – 17 Tahun 7 pusingan 4. Setiap pusingan meliputi kawasan sepanjang

4.6KM (lap) + 1.8km (Mula/Tamat).

5. Setiap perubahan pada jumlah pusingan mengikut kesesuai an kategori tertakluk kepada budi bicara pihak penganjur pertandingan dan ianya TIDAK boleh dipertikaikan.

6. Penyertaan bagi acara ini adalah terbuka kepada warganagera MALAYSIA sahaja.

7. Setiap peserta adalah dimestikan memakai topi keledar pelindung kepala dan pakaian yang bersesuaian semasa kayuhan itu nanti.

8. Hanya basikal jenis MTB (MOUNTAIN BIKE) atau spesifikasi bersesuaian untuk kegunaan “0n-road” sahaja dibenarkan.

9. Peserta hendaklah memastikan segala peralatan basikal yang perlu dibawa dan pelindung keselamatan yang akan digunakan semasa acara telah diperiksa dan berada dalam keadaan baik semasa kayuhan nanti.

10. Peserta juga hendaklah memahami dan sedar bahawa tahap kesukaran trek yang disediakan untuk acara ini mencabar dan memerlukan daya ketahanan dan kepakaran teknikal untuk melepasinya.

11. Penganjur berhak membuat sebarang pindaan terhadap acara dan trek jika perlu tanpa sebarang notis.

12. Klasifikasi hadiah pertandingan yang disediakan adalah seperti berikut ;

Bagi Kategori A, B & E ( medal juara hingga ke tempat kesepuluh ) - Wang Tunai Juara - RM 300.00 - Wang Tunai Naib Juara - RM 200.00 - Wang Tunai Ketiga - RM 100.00 Bagi Kategori C, D & F ( medal juara hingga ke tempat kesepuluh ) - Wang Tunai Juara - RM 200.00 - Wang Tunai Naib Juara - RM 150.00 - Wang Tunai Ketiga - RM 100.00

13. Adalah menjadi tanggung-jawab setiap Pengurus Pasukan untuk mendapatkan kebenaran ibubapa/penjaga bagi pelumba-pelumba dibawah umur 21 Tahun

14. Pihak penganjur serta penajanya tidak akan bertanggung jawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kehilangan harta benda , kecederaan atau kematian semasa, sebelum atau selepas menyertai kejohanan ini.

Sila muat turun syarat penyertaan dan borang penyertaan

No comments:

Post a Comment